Join Us Here!

AMIR HASSAN TERAJUI DENAIHATI DALAM DUNIA DIGITAL

AMIR HASSAN TERAJUI DENAIHATI DALAM DUNIA DIGITAL

“Walaupun usia meningkat, kita perlu mengikut perkembangan semasa digital supaya tidak ketinggalan. Apabila ia tinggalkan kita, ia tidak akan pandang kita dan terus berjalan.”

Demikian kata ikon blogger dan pengasas DenaiHati Network Sdn Bhd, Amir Hassan ketika dihubungi. Beliau akan berkongsi rahsia kejayaannya dalam dunia digital pada sesi Bersama Tokoh sempena program Rahsia Insan Cemerlang Hidup (RICH) 4.0 pada 12 Oktober 2019.

Amir Hassan

 

Penglibatan beliau dalam media sosial adalah menyampaikan ilmu kepada pembaca termasuk berkongsi tips bisnis di FB peribadi beliau. Ini selari dengan hadis yang menyatakan apabila seorang Muslim meninggal dunia, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.

Anak kelahiran Segamat, Johor ini pernah penjadi pengusaha katering dan restoran. Beliau berhijrah ke bidang baharu apabila mendapati persaingan semakin hebat dalam industri katering pada awal tahun 2000.

“Saya banyak mengikuti seminar dan program perniagaan. Dari situ, saya didedahkan industri masa hadapan, iaitu dunia digital. Bermula dengan kosong, saya belajar melalui seminar, rakan, Google dan bacaan.

“Dalam masa enam bulan mengumpul maklumat, saya membuka laman sesawang sendiri untuk memasarkan produk. Apabila zaman blog masuk, saya menjadi blogger pada 2006 dan membangunkan blog Denaihati.com pada 2008.

“Kini, sosial media Denaihati Network mempunyai pengikut lebih 3 juta dan sering membantu usahawan memasarkan produk mereka,” ujar beliau yang sering berkongsi tips bisnis di FB peribadi beliau.

Keluarga sentiasa memberi sokongan kepada Amir dalam menyebarkan mesej kebaikan melalui DenaiHati.

 

Sosial media Denaihati Network mempunyai pengikut lebih 3 juta sering membantu usahawan memasarkan produk mereka. Di sebalik nama DenaiHati, kisah latar belakang kehidupan Amir menjadi inspirasi orang ramai tentang kepentingan ilmu dalam mencapai kejayaan. Beliau yang berasal dari keluarga yang susah namun mampu pergi jauh ke dunia tanpa sempadan.

“Kedua orang tua kami berkata, mereka tiada harta untuk diberi kepada anak. Apa yang boleh adalah ilmu untuk kejayaan di masa hadapan. Oleh itu ayah bekerja kuat siang dan malam untuk pastikan anak-anak mendapatkan pendidikan yang sempurna,” katanya.

 

Peserta RICH 4.0 memberi tumpuan kepada pengisian tadabbur al-Quran dan perkongsian Bersama Tokoh.

 

Perkongsian peneraju DenaiHati ini dalam Sesi Bersama Tokoh pada program RICH 4.0 secara offline diadakan di Kumpulan Media Karangkraf dan secara online di FB LIVE World QuranHour pada jam 6.30 pagi tersebut.  RICH pada jam 4.30 pagi hingga 7.30 pagi bermula dengan bacaan al-Quran dan bertadabbur ayat pilihan oleh Jurulatih Utama Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd, Ustaz Mohd Harfiz Hamzah, diikuti dengan solat sunat, solat Subuh berjemaah dan Sesi Bersama Tokoh. Sila daftar di http://bit,ly/RICH1441H. Penyertaan adalah percuma.

 

 

Close Menu