Sertai Kami Di Sini!
MALAYSIA MENANGIS –  23 ZULHIJJAH, 23 KORBAN . . .

MALAYSIA MENANGIS – 23 ZULHIJJAH, 23 KORBAN . . .

 

 

Tragedi kebakaran pusat tahfiz di hening Subuh 23 Zulhijah yang mengorbankan 23 anak Tahfiz dan guru, yang disyaki dilakukan oleh remaja sesama Muslim di Keramat menjadi momentum untuk ummah bangkit dan bersatu menghadapi kesedihan dan kepedihan umat ini.

Peristiwa Keramat, meninggalkan luka untuk kita merefleksi keluarga; arah tuju diri sama ada sebagai ayah, ibu, anak, datuk atau nenek.

Kita masih punya harapan.

Andai Keramat ibarat kebun yang baik, kebaikan itu InshaAllah akan mengalir kepada semua kebun disekitarnya.

Sehingga peristiwa gelap itu menjadi momentum untuk kita bergerak dan bertindak.

Selamatkan keluarga kita, siapkan persekitaran yang baik, saling membantu memperbaiki keluarga kita.

Kita kembali kepada asas, kukuhkan ummah dengan Al-Quran & Sunnah. Hidupkan jantung dan jiwa keluarga yang lesu dengan kalam Ilahi yang dibaca, difahami dan diamalkan.

Bangkit bersama, menggerakkan kasih dan cinta membina keluarga ke Syurga. Bermula dari diri kita dan keluarga kita.

Bersama menggemakan ayat-ayat cinta dari Tasik Keramat di belakang lokasi tragedi, jam 9-11 pagi, Sabtu 2 Disember 2017 ini.

Bawa keluarga, jiran dan sahabat. Bawa al-Quran terjemahan, kita berkelah dan membina ukhuwwah ummah serta saling menguatkan sesama.

Lawati FB: Saving Families untuk maklumat lanjut.

#SavingFamilies
My Family #QuranHour
#KeramatLab

Close Menu