Sertai Kami Di Sini!
ASY-SYAKIRIN KLCC #QURANHOUR

ASY-SYAKIRIN KLCC #QURANHOUR

FOUZIAH AMIR

KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 peserta Muslimah menyertai Asy-Syakirin KLCC #QuranHour sempena Khatam Quran Perdana Ke 4 di Masjid Asy-Syakirin KLCC, Jalan Ampang di sini, 16 Mac lalu.

Program anjuran Badan Penggerak Muslimah Masjid Asy-Syakirin KLCC yang diperkasakan oleh Kelab Generasi Ghuraba’, Kelab Az Zahrah dan Kelab Asma Al Husna dengan kerjasama Rumah Ngaji bertujuan untuk mengajak orang ramai berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal.

Peserta membaca Surah Al-Kahf.

 

Pengerusi dan Pengarah Kelab Generasi Ghuraba’ (GGC), Norazimah Hassin berkata Asy-Syakirin KLCC #QuranHour diadakan untuk menghayati Surah Al-Kahfi yang menjadi tema World #QuranHour 1440H.

NORAZIMAH

 

“Tetamu yang hadir terdiri daripada 55 kumpulan Muslimah dari seluruh tanah air. Perhimpunan ini mengadakan khatam al-Quran kali keempat tahun ini di samping mengimarahkan Masjid Asy-Syakirin KLCC.

 

“Khatam Quran Perdana diberi pengisian termasuk pengukuhan ilmu dan seni al-Quran bersama Qari Ustaz Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad , motivasi al-Quran, tadarus al-Quran, Asy-Syaqirin Voice dan tadabbur Surah Al-Kahfi.

“Sesi tadabbur Surah Al-Kahfi disampaikan oleh Pentadbir Exco GGC, Ustazah Siti Norain Abd Samad dan diakhiri dengan doa yang menyentuh hati oleh Penggerak Rumah Ngaji @ Fiqh Raudhah, Ustazah Farah Tajuddin.

Ustazah Norain (duduk) dan Ustazah Farah (kanan).

 

“Pihak kami turut mendapat tajaan daripada pelbagai pihak termasuk NZ Malaya Travel Sdn Bhd, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Vitagen (Malaysian Milk Sdn Bhd), Agrasara Technology PLT, Telaga Biru Sdn Bhd, NLP Training Centre dan Youth of Happiness (YOSH) bagi menjayakan program bersama Sahabat Al-Quran ini,” katanya.

Close Menu