Sertai Kami Di Sini!
JAWI ANJUR WORLD CONVENTION AL-KAHF

JAWI ANJUR WORLD CONVENTION AL-KAHF

OLEH: FOUZIAH AMIR

FOTO: SUMBER JAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bakal menganjurkan program kemuncak #QuranHour iaitu World Convention Al-Kahf sempena Majlis Tilawah A-Quran & Hafazan 2019 Peringkat Antarabangsa di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 17 April ini.

MOHD AJIB

Pengarahnya, Mohd Ajib Ismail berkata program berinteraksi dengan al-Quran tersebut sebagai satu paradigma dalam menghayati al-Quran melalui baca, faham dan amal. Contohnya, Surah Al-Kahf boleh menjadi pencetus kepada kita untuk berjaya di dunia dan akhirat.

“Kita menyasarkan 1,200 hadirin dengan kerjasama rakan strategik termasuk Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd melalui Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang sentiasa berusaha mendekatkan kita dengan al-Quran.”

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Rumah Ngaji @ Masjid Al-Khasyi’in, Desa Petaling. Sempena masjlis perasmian tersebut, pihak masjid turut menganjurkan Desa Petaling #QuranHour pada 17 Mac lalu.

 

Ustaz Mohd Harfiz (berdiri) bersama barisan Pembawa Panji Surah Al-Kahf pada sesi berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal.

 

“Jawi menyokong penuh program #QuranHour dengan memaklumkan kepada semua ketua zon dan ketua imam masjid dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan untuk menjayakan aktiviti mendekatkan kita dengan al-Quran.

“Kita berharap umat Islam lebih berjaya dengan menjadikan institusi masjid lebih responsif, proaktif dan kreatif. Masjid disarankan sentiasa mengadakan program yang sesuai, mewujudkan persekitaran yang baik, dan pengurusan berkesan. Apa yang lebih penting adalah masjid dikunjungi jemaah.

“Masjid perlu sentiasa responsif dalam memahami keadaan sekeliling dan kehendak anak muda dan kariah termasuk orang yang bukan Islam. Kita tidak mahu tragedi masjid berdarah di Christchurch, New Zealand berlaku di negara kita,” katanya.

Mohd Najib (tiga, kanan) merasmikan Rumah Ngaji @ Masjid Al-Khasyi’in, Desa Petaling.

 

Pengerusi Masjid Al-Khasyi’in, Mustafa Abdullah berkata, pembukaan Rumah Ngaji @ Masjid Al-Khasyi’in dan Desa Petaling #QuranHour bertujuan mengajak masyarakat untuk mencintai al-Quran melalui baca, faham dan amal.

“Pihak masjid turut melantik seorang ahli jawatankuasa bukan beragama Islam, Lee Peng Wai sebagai penghubung dengan masyarakat bukan Islam di kawasan tersebut agar tidak terasing dengan aktiviti masjid.”

Seramai tujuh peserta memperdengarkan bacaan Surah Al-Fatihah, Surah Al-Baqarah dan Surah Al-Kahf. Sesi tadabbur Surah Al-Kahfi ayat 1 hingga 14 disampaikan oleh Pengurus Latihan Akademi Sinergi Sdn Bhd, Mohd Harfiz Hamzah.

 

Close Menu