Join Us Here!
previous arrow
next arrow
Slider

MENGENAI KAMI

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) ditubuhkan pada 2013 sebagai sebuah landasan penyatuan ummah

untuk berinteraksi dengan al-Quran melalui Baca, Faham & Amal.

Program WUIF bermula dengan Aktifkan #RumahNgaji sebagai pusat pengajian al-Quran secara percuma dalam usaha

mengukuhkan sudut fizikal, emosi, intelek dan spiritual masyarakat dalam mendepani dunia era serba mencabar.

#QuranHour tercetus sebagai sebuah lagi platform mengetengahkan “divine solutions” yang diekstrak dari 114 Surah dari

Al Quran berdasarkan modul yang dikenali sebagai HTE (Heaven To Earth) melalui kaedah Quran Tadabbur & Tazakkur.

Masyarakat diperkenalkan kepada penghayatan al-Quran agar menjadi panduan dan solusi kepada kehidupan sehingga wujud sebuah sistem operasi al-Quran di dalam diri setiap insan, berteraskan kerangka fikir al-Quran yang akhirnya diharap menzahirkan sebuah karekter muslim yang sejati.

WUIF mensasarkan sebuah legasi Dunia Berbudi dan Penyayang dalam perjalanan misi untuk 100 tahun bermula 2014 hingga 2114 bersandarkan Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah,

ilmu yang bermanfaat dan anak yang mendoakan kepadanya.”

(Hadis Riwayat Muslim).

InshaAllah

 

SIAPA KAMI

Ummah sentiasa diuji dalam kehidupan di dunia sementara ini. Kita tahu bahawa Al-Quran adalah sumber petunjuk bagi manusia (Quran 2: 185). Kami benar-benar percaya bahawa satu-satunya cara ummah dapat bangkit mengatasi masalah dan ujian dalam kehidupan ini, adalah dengan kembali kepada sumber panduan, Al-Quran. Atas kesedaran itu, WUIF menawarkan program-program yang menghubungkan semula insan dengan Al-Quran dengan cara yang unik.

quranic

Ekosistem berlandaskan al-Quran

Projek-projek disusun bagi menghasilkan ekosistem berlandaskan al-Quran di kalangan individu, keluarga, komuniti termasuk semua institusi.

program

Programs

Program-program dihasilkan oleh Yayasan WUI dan diberikan secara percuma untuk dilaksanakan oleh individu dan komuniti.

home_sinergy

Rumah Sinergi

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas adalah sebuah Rumah Sinergi. Visi dan Misi Yayasan WUI menjadi faktor yang menggabungkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk media sebagai rakan sinergi. WUI menawarkan peluang kepada mereka untuk melaksanakan program-program yang dicetuskan sebagai program mereka sendiri dengan pengisian sedia ada dan sokongan berlanjutan daripada organisasi dan media yang bersinergi.

#QURANHOUR

Gerakan #QuranHour telah bermula pada tahun 2015 di bawah Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF), program satu jam bersama al-Quran sebagai sebuah permulaan untuk melakukan mindset change melalui QTT (Quran, Tadabbur, Tazakkur), mengambil nilai-nilai dari al-Quran sehingga lahir akhlak sebagai muslim sejati. 

Sehingga kini jangkauan di media sosial telah mencapai 646 juta social media reach pada tahun 2018 berbanding 87 juta social media reach pada tahun 2016. Kita berharap pada tahun 2019, kita mendapat 1 billion social media reach dan pelaksanaan World #QuranHour di 100 buah negara pada 25 Ramadan 1440H ini bersamaan Khamis, 30 Mei 2019.

DOA

RUMAH NGAJI

#AktifkanRumahNgaji adalah salah satu inisiatif yang dijalankan oleh Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF) sejak tahun 2013. Matlamat penubuhan Rumah Ngaji adalah untuk Melahirkan Karakter Muslim Sejati Hasil Mindset Dan Jiwa Al-Quran melalui pendekatan

BACA, FAHAM & AMAL AL-QURAN

Leaderboard

PENDAFTARAN HOTSPOT

 Sertai kami!

Sertai World #QuranHour bersama keluarga dan sahabat-sahabat anda

malaysia

Pendaftaran individu/ organisasi Malaysia

globe

Pendaftaran organisasi luar negara

PROJEK KAMI

#savingthenation

#savinglegacy

#savingfamilies

SAHABAH QURAN

Sama-sama kita sertai!

Berinteraksi dengan Al-Quran

Baca, refleksi diri, membaca terjemahan untuk memahami, mengadakan perbincangan al-Quran

Senarai Sahabah Al-Quran:

INFAQ

infaq

Baca, refleksi diri, membaca terjemahan untuk memahami, mengadakan perbincangan al-Quran Atau apa sahaja interaksi yang akan memberikan kita keredhaan Allah.

Social LikeBox & Feed plugin Powered By Weblizar
follow

FOLLOW US

Follow us to keep up with the latest from us and our brands, updates from our teams and the daily grind from around the web.

Ikuti Kami

World #QuranHour Location

Malaysia #QuranHour Location

Close Menu